Wednesday, July 7, 2010

Blog ini dibuat untuk memudahkan pelajar Form4&5 memahami Literature Component For Secondary Schools.
'' Poems,Short Stories and Drama ''
POEMS
  • In the Midst of Hardship - Latiff Mohidin (update)
  • He had such quiet eyes - Bibsy Soenharjo
  • Nature - H.D Carberry (update)
  • Are you still playing your flute - Zurinah Hassan (update)

Short Stories

  • QWERTYUIOP - Vivien Alcock (update)
  • The Fruitcake special - Frank Brennan (update)

He had such quiet eyes - Latiff Mohidin
( TERJEMAHAN Bahasa Malaysia )
POEM ~ SAJAK

He had such quiet eyes Matanya menyimpan rahsia
She did not realise Dia tidak sedar
They were two pools of lies Bahawa ia merupakan kolam yang penuh dengan penipuan
Layered with thinnest ice Dilapisi dengan ais yang nipis
To her those quite eyes Pada dia mata itu
Were breathing desolate sighs Menghela nafas kesepian
Imploring her to be nice Yang memujuknya agar lembut
And to render him paradise Dan menurut apa sahaja kehendaknya
If only she'd been wise Kalau dia bijak
And had listened to the advise Dan mendengar nasihat yang diberi
Never to crompromise Jangan bergaul
With pleasure-seeking guys Dengan lelaki yang suka berfoya
She'd be free from ''the hows and whys'' Tentunya dia akan bebas dari masaalah
Now here's bot of advide Dengar nasihat ini sekarang
Be sure that nice really means nice Pastikan baik itu benar baik
Then you'll never be losing at dise Agar tidak kecundang dalam mengharungi hidup
Though you may lose your heart once or twise Walaupun akan kecewa beberapakali
TAJUK ( THE TITLE )
Dia mempunyai mata yang sunyi
Tajuk sajak ini boleh diertikan sebagai penipuan,Salah faham , serta Niat jahat. Mata digambarkan mempunyai kualiti senyap yang membawa makna tersirat bahawa terdapat petunjuk yang tidak jelas di sebalik mata tersebut. Di samping itu juga , sajak diberikan tergantung bagi menggambarkan ketidak pastian apa yang bakal berlaku.
SINOPSIS ( SYNOPSIS )
Rangkap pertama
Budak lelaki tersebut dikatakan mempunyai mata yang sunyi. Ia sebenarnya penuh dengan penipuan untuk merayu gadis tersebut untuk bermesra dengannya. Bagi budak perempuan itu pula , matanya menggambarkan kesunyian dan keinginan untuk mendapat perhatian dan kasih sayang darinya.
Rangkap Kedua
Gadis itu tidak akan terperangkap dalam masaalah sekiranya dia mendengar nasihat ibubapa, dan rakannya yang telah diberikan kepadanya
Rangkap ketiga
Seorang individu harus berhati-hati semasa berkawan. Walaupun ia bermaksud bahawa kita mungkin akan patah hati di dalam proses tersebut , namun ianya masih berbaloi daripada menjadi mangsa penipuan.
KONFLIK ( CONFLICTS )
1. Manusia VS diri sendiri
Gadis tersebut menghadapi konflik dalaman apabila dia mempertimbangkan sama ada dia patut mengikut segala suruhan serta kemahuan lalaki tersebut.
2. Manusia VS manusia
Konflik di antara gadis dan lelaki tersebut mungkin terjadi apabila lelaki tersebut mahukan gadis itu untuk menurut segala kemahuan serta kehendaknya.
3. Manusia VS Masyarakat
Masyarakat sangat mementingkan nilai serta amalan yang tradisional. Oleh itu gadis tersebut terpaksa menerima kritikan serta cemuhan daripada masyarakat setempat setelah dia mengambil langkah yang silap dalam menentukan hala tuju pergaulan yang menjadi titik hitam dalam kehidupanya.
TEMA ( THEMES )
1.kepentingan kebijaksanaan dalam pergaulan demi mengharungi liku kehidupan.
Struktur sajak 3 rangkap di mana dua rangkap pertama menceritakan mengenai seorang gadis yang menjadi mangsa Penipuan lelaki yang pandai berdusta dan berkata-kata. Dalam rangkap terakhir pula, penyajak memberi nasihat akan perkara yang perlu dielakkan dalam pergaulan. ini penting bagi memastikan pembaca tidak terjerumus di dalam perangkap yang sama . Oleh itu, kebijaksanaan dalam pergaulan diberi penekanan yang tinggi terutamanya melalui penggunaan ekspresi ''pastikan ''.
2.Hormat kepada golongan yang lebih tua dan dengarlah nasihat yang diberi.
Kita haruslah mendengar nasihat yang diberi tanpa dikaburi oleh perasaan. Gadis yang diceritakan terperangkap kerana tidak memperdulikan nasihat yang diberi oleh golongan yang lebih berumur serta termasuklah rakan dan keluarga.
NILAI MURNI ( MORAL VALUES )
1. Bersyukurlah dengan apa yang ada walaupun kita tidak mengalami masa yang paling baik dalam kehidupan ini
2. Kita harus sentiasa berfikiran positif terhadap kehidupan dengan bersikap optimistik semasa menghadapi cabaran dan rintangan.
3. Perempuan janganlah mudah mempercayai kata-kata dan janji manis lelaki dan cuba tanamkan didalam diri meningkatkan lagi maruah sebagai wanita..